Kerjaya sebagai angkasawan Buzz_Aldrin

Rancangan Gemini

Jim Lovell dan Aldrin dipilih sebagai komander dan penerbang untuk Gemini 10 pada asalnya sebagai pasukan simpanan. Walau bagaimanapun, anak kapal utama Gemini 9 iaitu Elliot See dan Charles Bassett terkorban dalam suatu kemalangan pesawat Northrop T-38 pada 28 Februari 1966 menyebabkan kedudukan mereka dipindahkan ke Gemini 9 lalu layak menjadi anak kapal utama Gemini 12.[10][11]

Rancangan Apollo

Lovell dan Aldrin ditugaskan ke suatu kru Apollo bersama Neil Armstrong di mana Armstrong dilantik sebagai komander, Lovell sebagai juruterbang modul perintah manakala Aldrin dijadika juruterbang modul lunar. Tugasan mereka sebagai kru simpanan Apollo 9 diumumkan secara rasminya pada 20n November 1967.[12] Pemindaan jadual dalam perekaan dan pembuatan modul lunar mereka menyebabkan Apollo 8 dan Apollo 9 bertukar kru mereka lalu pasukan Armstrong ditugaskan kepada Apollo 8. Armstrong kemudiannya dijangka mengendalikan kru Apollo 11 mengikut giliran kru.[13]

Apollo 11

Apollo 11 berlepas menggunakan sebuah roket Saturn V dari Launch Complex 39 di Pusat Angkasa Kennedy pada 16 Julai 1969 jam 13:32:00 UTC (jam 9:32:00 waktu tempatan),[14] dan memasuki orbit Bumi 12 minit kemudian. Pelancaran tersebut ditonton secara langsung di 33 buah negara seluruh dunia termasuk ditonton 25 juta orang di Amerika Syarikat sahaja.[15][16]

Buzz kembali berkhidmat di Angkatan Tentera Udara A.S setelah racangan tersebut berakhir.[17]